kalau lukakan hati orang tuh, dapat kosong kosong kan balik segala dosa kau lakukan, pasti aku dulu yang lukakan kau
kalau lukakan hati orang itu, dapat kepuasan yang tak terhingga, pastinya aku dulu yang lukakan kau tanpa jemu
kalau lukakan hati orang itu dapat duit sebagai balasan, pastinya aku dulu yang lukakan kau tanpa berfikir panjang.
kalau lukakan hati orang itu, kau pikir kau jauh lebih hebat dari jebat, aku lah yang terdahulu lukakan sesiapa sahaja tanpa pikir ke belakang
sudah puas aku melawan pada mereka yang senantiasa tanpa break tanpa lampu merah lukakan hati aku. walau secalit kata. sudah puas aku memberi balasan.
dan sekarang. aku hanya mampu lihat.
aku percaya. karma will hit them one day
kita pernah dengar pepatah ini, buat baik dibalas baik. buat jahat dibalas begitulah.
kalau kau sengaja nak menguji ketahanan aku. alhamdullilah aku masih bertahan. cuba lagi. kerana aku sudah kebal. kau belum kenal masa lalu aku bagaimana. betapa payahnya hidup aku lalui. dugaan dan segala macam yang kau tak terfikir. jaadi aku sudah kebal. lalui segala luka perih jerih sendiri.
tersesak seksa napas aku
kembang kempis hidung aku menahan sebak
aku kemamkan sahja mulut ku.
biar tak teresak kuat
biar tak siapa dengar. aku sedang menangis perih
seberat berat batu pantai. berat lagi apa yang berada dalam otak aku
mungkin tak semua masalah aku ceritakan. mungkin kau hanya fikir aku ada satu masalah sahaja sementelah kau memang tahu masalah aku
tapi manusia apalah yang tiada masalah bertimbun
hahaha
aku pejamkan mata kemamkan mulut
biar diam sendiri
biar tidur aku disitu
moga esok hari. lebih baik atau aku buat buat lebih baik
aku doakan baik baik sahja.
kalau kau mahu terus mengingati masa lalu mu.
lupakan kami di hadapan mu ini
lupakan aku yang berada di depan mu
lupakan mereka mereka yang bakal berada di hadapan mu
lupakan segalanya
teruslah bersama masa lalu mu. kalau dia sudah bahagia. kau saksikan sahaja dia sudah bahagia sambil kau masih disitu. melihat dan sungguh menyedihkan.
habiskan lah sisa sisa hidup mu begitu
kami yang akan berada di hadapan mu dan yang telah berada di hadapan mu ini. hanya hiasan semata. tunggulah waktunya sampai kau pula jadi hiasan semata.
atau tunggulah satu masa detik ketika. ketika kau sedang bersungguh tetapi rupanya mereka masih menoleh kebelakang
tahulah kau betapa luluh hati ku
aku tahu ini hanya sekejap sekelip mata
pasti kau tak sabar menunggu masanya habis
bagi kau. masa yang sekejap nie tiada apa.
bagi aku cukup bermakna.
tidur. dan aku tahu esok lebih baik
ketahuilah aku juga punya hati. aku manusia yang punyai hati
selamat malam dunia teknologi
No comments:
Post a Comment