Thursday, 20 February 2014

bodoh tak berbaki

sambil menjeling pada gadget kesayangan
setiap jelingan adalah satu penantian

tak dilepaskan ekor mata aku memandang eja
masih menyusun stock lens
itulah dia customer yang layan diri sendiri
endahkan saja
aku malas melayannya.
pandai lah kau mencarinya

aku tunggu dan tunggu lagi
kebodohan terpancar ketara
aku dah tahu benar apa yg dilakukan
cuma kadang kadang rasa kasih dan sayang itu melampaui kebodohan yang ada
aku sangka aku saja yang berfikir fikir nak "on call" dengannya
jadi aku persiapkan maxis ku penuh
rupanya sangkaan ku bodoh lagi terang
bodohnya aku
merelakan saja.
demi kasih dan sayang

sudah 1 jam dan lebih
dan aku masih menanti dengan bodohnya
entahlah dimana silap aku

masa silam itu memang akan kita rindu
tapi lepaskan lah untuk hadap masa depan dengan tenang
kalau kau asyik nk rewind ke belakang. sampai bila bila kau takkan lupa masa silam kau
aku sangka kau kuat. kau akan tempuh jugak. dan fight untuk kita
rupanya aku sedang berperang dengan kau sendiri.


aku lah si bodoh yang terus menanti
kadang kadang aku fikir. mungkin sebab kau fikir aku sanggup tunggu jadi kau biarkan aku terus tunggu

kadang kadang kaki aku tak tahan juga menunggu
mahu di topangkan juga

dan bodohlah aku bersama penungguan ku

bodoh yang tak berbaki
pada kasih yang bersisa
walau dicarik laju
pantas dan panas
terasa degup jantung pantas berlari
cuba mengawal segala yang ada dengan tangan sendiri
tapi kebodohan tak mampu melangkaui segalanya

aku bahagia jika kau bahagia
itu lah yang selalu aku katakan pada masa lampau aku

sambil sosek sosek mengawal hidung
aku perhatikan saja eja
bila gamaknya boleh aku berbadan seperti kau
kurus dan gebu

aku selitkan sedikit nota kaki
terima kasih AS.
kerana mengambil berat. sangat menghargai.
tiada apa yang terjadi baik baik saja. cuma dalam proses mengawal perasaan. hehe


jangan biarkan aku tidur dalam kebodohan.
sem depan aku nak target dekan.

No comments:

Post a Comment