entry aku berbaur emosi penuh tragis dan sadis
sadis sangat ke hidup aku nie
gelak sendiri
aku perhati jugak
blog aku seolah tiada deria comel
seperti dulu kala
entah.
sejak menginjak dewasa dalam berblogging
aku memilih untuk begini sajalah
simple and nice
dan tiada juga gambar seiring coretan aku
ada yang membaca
dan cakap bahasa aku terlalu sastera
entah
aku suka begini haa.
cuti semester aku berbaki beberapa hari sahaja lagi
dalam diam. sebenarnya setiap sem aku harapkan yang hubungan aku dengan manusia di sana baik baik sahaja
aku tak tahu kalau aku sahaja yang berharap begitu atau sebaliknya
entahlah
ada hikmahnya
cuma perlu sabar. kerana sabar itu buahnya manis
sambil mengeluh panjang
eja sudah siap membungkus lensnya
nampak riak bahagia disitu
setahun sekali pun jarang jumpa. tapi tak pernah rasa janggal bila berjumpa
kawan yang baik tak perlu tahu semua cerita atau masalah tak kira masalah apa
cuma bila kita perlu dia untuk dengar keluh kesah semata dia ada
dan tanpa dengar cerita panjang lebar. tapi dengan ungkapan
"aku faham nelly"
itu dah cukup memadai
rindu pulak dekat kawan kawan sekolah aku
gamaknya bila boleh jumpa
No comments:
Post a Comment