Friday, 21 February 2014

kehadapan yang dibelakang

teruslah berada di belakang

kerana apa yang didepan aku jauh lebih penting

setiap kali aku di aju soalan. kenapa harus letak mereka yang dibelakang terus berada di belakang?

aku menjawab mereka dengan persoalan

pernah kau fikir kenapa orang yang telah berada di belakang kau itu terus berada di belakang? kenapa tidak kau letakkan mereka di hadapan? kenapa? kenapa orang lain yang berada di hadapan kau?

manusia di beri peluang. setiap masanya

tetapi tidak semua manusia punya peluang untuk terus menjadi yang terpenting atau juara carta dalam hidup seseorang.

mungkin cukuplah dengan hanya menjadi seseorang yang pernah membahagiakan atau sebaliknya atau apa apa saja yang berkaitan

jika mereka ini penting dan membawa kepentingan, kenapa mereka di belakang? kenapa tidak susun mereka di baris hadapan?
jika mereka ini pernah menjadi kesayangan dan kebahagian, kenapa mereka di belakang?
jika mereka ini pernah membahagiakan kau, kenapa mereka di belakang? apa mereka tidak membahagiakan kau ke?

boleh kau jawab soalan aku?
kenapa kau tanya aku kenapa mereka di belakang?
kerana mereka mengabaikan peluang untuk berada di baris hadapan platun
cukuplah dengan berada di barisan lain. aku masih nampak tetapi samar samar tetapi masih nampak.

aku masih kenal cuma biarlah setakat kenal
aku masih sayang cuma biarlah setakat sayang antara umat manusia
begitulah hidup
kita tak boleh nak harap semua berada di barisan hadapan.
kadang kadang ada je antara mereka yang kita terpaksa meletakkannya di barisan belakang.
mungkin sbb mereka sendiri atau sebab kita. entahla


No comments:

Post a Comment