Sunday, 23 February 2014

penuh tanda

setelah dibelek belek
aku sedar aku seorang pemaaf rupanya

tergelak sendiri bila seorang yang ku kenal like gambar aku di ig aku
tergelak sendiri jugak entah macam mana aku boleh follow dia
alhamdullilah. kami sudah sama sama berubah rupanya
dia sudah pun berhijab

tergelak sendiri dengan cerita lama penuh tanda
tanda apa entah aku sendiri tak tahu

lagi ku belek belek
aku telah ucapkan tahniah pada seorang wanita yang pernah hancurkan harapan aku
pehh sadis tak bunyi dia
sedar tak sedar
dia dan aku "follow each other" di tfwitter

aku sangka aku keras hati bahkan kental
rupanya aku seorang pemaaf

dan aku fikir akan segala yang telah kau lakukan
tapi bila kau cakap kau sakit
tipulah aku kalau aku tak risau walau secalit

aku dah cuba jadi baik sebaik yang mungkin
mungkin aku je pikir aku baik
orang lain tak pun
tak kisahlah. aku tak mampu nk hidup atas apa yang orang pikir je manjang
hahaha.
jadi aku fikir dah masuk buku baru semuanya baik baik sahaja
tapi kalau kau nak drag and brag all these things

kau kena pikir dalam dalam apa kau buat dulu baru boleh kau nak brag drag all things

atau tunggu bila kau buat dekat orang lain orang lain sembur ke apa ke atau tunggu kau sendiri kena je lah kan cite dia


kadang kadang kita maafkan orang bukan sebab kita nak dia lagi atau apa sahaja
especially untuk orang masa lampau or whatever. cuma kadang kadang. menjadi matang dengan memaafkan itu adalah lebih baik dari matang tetapi terusan membawa masalah sampai ke mati

aku percaya maafkan orang nie boleh buat kita tidur lena malam hari senyum lebar siang hari

aku maafkan cuma untuk lupa. aku tak dapatlah kot


No comments:

Post a Comment