sudah aku siapkan fizikal dan mental aku untuk bawa ke syorga khayalan sementara
aku tak sangka. sangka yang tidak disangka
rupanya aku sudah besar
"nelly dah degree ko loni? aduh lah. dulu duk taktih taktih jah dkt umah mekna"
aku pun tak tahu pangkat apa perempuan mekna nie dengan aku
tapi aku pasti aku rapat dengan dia waktu kekecik dulu
kalau tak, masakan dia boleh bilang begitu dong
dia datang ke rumah ku beberapa hari lepas
baru balik dari indonesia katanya
berseloroh papa. katanya papa pergi cari jodoh ke
dia cakap. jodoh dia ialah client dia.
dia putuskan untuk terus bujang dan berkhidmat dengan air asia as a tourist guide
aku sendiri pun tak tahu kenapa aku cerita pasal mekna nie
jadi aku nak cerita
seperkara yang tak disangka walaupun aku sangka tapi tidaklah sesangka aku sangka yang menyangka aku sangka lebih dari sangkaannya.
apa kau sangka dari cerita aku?
apa kau sangka untuk selama ini?
cewahh. aku tulis hal cinta weh
kenapa? pelik sangat ke?
dah memang selama nie aku asyik bercinta je dalam blog ni pun haa
bila aku tanya kau kena jawab. sebab bila masa kau rasa dah nak jawab. ketahuilah bahawa aku dah tidak lagi memerlukan jawapan kau. dan ketahuilah segala jawapan kau tak mampu nak mengubat segala luka
bila masa aku perlukan orang yang selalu dengan aku
yang tahu selok belok aku
yang tahu benar pasal aku
bila masa aku susah
bila masa aku senang
bila masa aku konvo, aku harap kau datang
bila masa aku perlu
dan aku tagih jawapan kau
dan kau hanya duduk diam disitu. lihat aku menagih
dan adakah valid jawapan kau sekarang, bila masa aku dah tak endah dengan semua perkara tentang kita?
kau manusia paling aku harap
aku pedulikan kata orang yang menentang kita
aku peduli segala
aku hanya senyum setiap mencaci
aku mencemuh mereka mencemuh kita
aku melawan arus
kita tidak lagi berada di takuk lama. kita sudah punya hidup masinng masing
hiduplah engkau dan aku bersama mereka yang kita pilih untuk hidup bersama
untuk panjang lebar aku huraikan. ketahuilah. tiada satu pun jawapan kau yang valid dan yang worth dengan masa aku menunggu menagih
untuk hidup. kau kena pandai terus terang, tak semua orang boleh terima terus terang nie. sedangkan aku yang konon konon kental kadang kadang goyang lutut jugak
tapi aku salute mereka yang mampu terus terang. untuk kedamaian kedua belah pihak
umpama hutang. kau mampus meninggalkan hutang kau. orang lain kena bayar. kau kena sumpah seranah
orang yang kuat adalah orang yang mampu lahirkan kata kata yang ada dalam jiwa dia.
kalau kau selesa dan seronok dalam sesuatu persekitaran. kau akan terus terang yang kau rasa seronok. bukan buat buat seronok dan menipu diri sendiri.
dan aku berterima kasih. kerana telah lama sebenarnya aku berhenti untuk menagih jawapan sebenar untuk 3 tahun yang lalu. tetapi bila kau datang memberi jawapan. ketahuilah, sebenarnya tak pa pun kalau kau tak datang bagitahu
terima kasih kerana aku sudah tidak lagi menagih sesuatu yang lama
jawapan sudah cukup padat dan tepat
No comments:
Post a Comment