cuti aku sudah tidak berbaki
telah aku bilang di entry aku di bawah
esok. tepat pukul siap
kami 3 stooges akan memulakan langkah ke machangster
langit kuantan
bertamu lagi kita bila aku punya umur yang panjang untuk pulang
cuti kali nie, aku hanya perukkan seluruh jiwa dan raga aku di rumah
petang tadi, iqbal datang rumah
baru terdetik. cuti nie jarang benar aku jumpa adik kesayangan aku
lelaki kedua paling aku sayang adalah adik aku dua orang tu
biarlah orang nak kata apa. sudah aku hidup dengan 22 tahun jadi aku sayang
orang yang tak hidup dengan aku selama 22 tahun memang tak sayanglah kan
mereka membesar dengan aku
sementara aku punya waktu untuk sayang mereka dan lihat mereka
aku akan gunakan sepenuhnya
bila aku post gambar aku dengan iqbal dan etc
tak perlu kau nak memerli
nah cermin
untuk 22 tahun aku hidup. berapa tahun kau bersama aku?
cubalah jawab.
dah dapat jawapan tampillah kedepan
hari ni katanya iqbal. dia nak merempit dengan aku.
memula ifwat ikut belakang dengan fixinya
tapi biasalah. iqbal kan abang.
selalu lah kenat adiknya
ditinggalnya ifwat dekat belakang. entah mana mana dah budak tuh pergi
hari ni back to basic katanya iqbal.
melepak borak panjang lebar
aku rindu
kadang kadang aku rasa aku dah tak enjoy masa aku . aku dah tak punya masa sendiri
sama ada aku malas atau waktu terbatas
entah
borak panjang lebar aku hari ni dengan iqbal
seolah kami akan berada jauh kelak.
entahlah serasa sayu yang amat sayu
semua orang yang kenal aku. semuanya tahu iqbal dan ifwat permata aku
untuk apa apakan mereka. aku sanggup jadi korban
entahlah. sayang yang tebal ini mungkin kami duduk sebumbung sejak dari kecil. dari lahirnya iqbal hinggalah sebesar besar alam dijadikannya
kami bergaduh bercakar tetaplah dibawah satu rumah.
gaduh kami tak panjang. paling lama sekerat hari
bila aku tengok dia dalam dalam
aku baru sedar yang dia sudah besar.
dia tunjukkan gambar girlprennya di wallpaper fonnya
"kakak. boleh lah kan kak. sedaplah mata mandang"
iya. sedap saja bal.
entahlah rasa seolah cemburu. kerana aku akan hilang juga adik aku nie
aih.
aku tahu terpalit juga dia dengan tamparan teguran aku
"sampai bila nak dengan umi dgn ayah?dyorg tak selamanya ada"
dia diam seribu bahasa.
orang di sekeliling tak nampak apa yang aku nampak dalam dia
aku tahu dia sedang mencatur hidupnya
aku tahu tu.
aku percaya dia. tetapi orang di sekeliling tak percayakan adik ku seorang ini
aku percaya dia sedang menyusun kerangka hidup. cuma bersabarlah. dia belum pun separuh usia jalannya
dia sedang perlukan garam garam kehidupan orang lama untuk dia jadikan pengalaman hidup
kita di bawah langit dunia yang sama
kakak tak selamanya kakak kau
bila semua orang tahu, kau pun kena tahu kelak.
aku harap kau boleh terima
iqbal adalah adik saudara aku. untuk pengetahuan pembaca. adik saudara aka sepupu aku.
tapi ramai yang pertikai kenapa sayang benar aku dekat mereka berdua.
mulut aku tak lepas dari mengukir nama mereka berdua
purse aku harus sentiasa ada gambar mereka, instead of ada gambar kedua orang tua aku
entahlah.
aku pun tak faham
kau ada adik tak? kau sayang tak adik kau sebenarnya?
kau sayangkan. kadang kadang ego sahaja yang mengatasi segalanya untuk tunjuk rasa kasih dan sayang
tapi mungkin sebab kau fikir dia adik kau jadi tetaplah dia adik kau. dan sebab kau dah terbiasa hidup ada adik
aku manusia tunggal yang tak punya adik. dan aku tahu kelak aku sendiri.
jadi bila hadirnya dua manusia ini dalam hidup aku. ia seolah olah memberi peneman pada aku
seorang yang bernama adik
yang orang lain pun ada. apa nak di heran
tapi aku lain.
lain dari kau semua
sebab kalau satu dunia ini berkongsi cerita dan isi hidup yang sama
"dull" nya dunia ini
dan sebenarnya kalau kau dah biasa hidup dengan dia. kau akan rasa kasih sayang tuh datang sendiri
bila orang kata. air dicincang tidak akan putus
entahlah. seolahnya aku mahu buat pribahasa baru
air dicincang dah boleh putus sekarang
asingkan air itu letak dalam bekas lain.
nah. sudah putus bukan?
haha.
gelak sendiri aku pada dunia
betapa mereka yang lain asyik memperkata
aku sedang menagih jawapan hidup pada soalan yang tak tertanya selama aku wujud di dunia
apakah jawapan kali ini mampu aku peroleh kelak aku tiada?
kerana aku manusia yang selalu dapat jawapan di akhir akhir waktu
waktu aku sudah tidak lagi memerlukan jawapan itu
ah manusia.
tidak mengapalah.
kita tetap berada di bawah langit dunia yang sama
walau benci
walau sayang
walau kasih
walau maki hamun
No comments:
Post a Comment