Monday, 17 February 2014

untuk bonda kita

aku tertancap pada arjuna beta
satu objek yang menggegar dunia "tegak sendiri" malaysia.
seorang anak yang ada garis tengah umpama garis buku
garis buku dalam hidupnya
di tengah tengah

tertancap pada kosa kata bonda tersayang
dapat rasa sehingga seolah olah sedang menyayangi arjuna beta version aku sendiri
entahlah bonda

kuatlah bonda
untuk beberapa ratus tahun bersama lagi
untuk terus lalui segala benak benak
untuk aku jadi bonda paling kuat

kau paling ratu dalam hidup ku
biar apa orang kata
biar orang peduli masa silamku
engkau lalu sambil senyum
engkau bonda paling ratu dalam hidupku
walau sejuta rahsia kita orang tahu
mereka lihat dan cemuh
kita duduk dan diam. lihat sahaja
harta dunia tidak mampu iring kita ke syorga atau neraka khayalan syaitan

kalau aku coretkan pasal kau bonda
sampai ke kubur pun jika aku mampu membuka mulutku belum tentu habis tinta ku bergerak
jika aku tidak mampu menulis lagi. mata aku masih mampu bergerak

engkau paling tertinggi dalam hati ku. dan Tuhan tahu itu
teruslah Tuhan ku yang Esa berkati bonda ku.
berikan segala kebaikkan bagi pihak aku kepadaNya

jika mampu mati demi kau bonda. aku mahu
jika aku harus pilih. semua orang sudah tahu aku pilih siapa
peduli kata orang. mereka tidak rasa mereka hanya genggam tapi tidak buka dan lihat

kasih sayang yang tak terbatas.
yang tak mengira darah mengalir
kau paling ratu dalam hati
hiduplah 100 tahun lagi
terus hidup seperti biasa. teruskan bonda
teruslah gagah berdiri. sama sama kita
kita hanya bertiga. berpegang kuatlah pada tiga kuasa ini
teruskan hidup ye.
agar aku boleh tidur lena setiap malam.
walau 100 malam dibawah langit tanpa tilam tanpa alas. tetapi jika bersama dengan mu.
semuanya kaya.
biarlah tidak dilimpah harta dan wang ringgit. kasih sayang melampaui segala batas
kau tidak mengajar aku tetapi aku sudah belajar dari semua ini
tahu mengela erti beza kasih sayang sebenar dan kasih sayang yang hanya menunjuk sayang


aku rasa entry paling leleh selepas semua entry leleh aku yang lain telah di draftkan
adakah kau boleh kenal aku siapa melalui blog aku?
kalau boleh aku nk tukar sekali url nie. tapi takpela.
abaikan

teruslah kenali aku melalui entry aku

selamat malam dunia eletrik bergerak

No comments:

Post a Comment